Kearah Jihad Ekonomi Bangsa Yang Belum Selesai

Mind set yang perlu di tukar….

February 8th, 2010 oleh Azam | Dalam kategori Pelaburan | 8 Komen »

Tentu ramai di antara kita yang mempunyai persepsi berbeza mengenai Unit Amanah , ada yang telah berpuashati tak kurang juga yang terasa tertipu dek kerana nilai yang di laburkan ternyata menunjukkan angka negatif.

Sebenarnya isu-isu sebegini memang sudah kerap sangat berdesing di telinga pakcik , kadang pakcik langsung tak salahkan pelabur, cuma terkilan dengan perunding yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Oleh itu pakcik menyeru la kepada semua pelabur supaya tidak mudah melatah apabila mengalami kerugian. Cuba perhatikan beberapa soalan di bawah ini. Andainya jawapannya tidak berpihak kepada anda maka langkah drastik diperlukan di sini. Apakah langkah drastik itu? , nanti dulu….

Apakah Objektif kita membuat pelaburan?

Sebenarnya objektif sangat penting sebelum kita memulakan pelan perancangan pelaburan kita. Sudah pasti perancangan 3 hingga 5 tahun dan seterusnya di perlukan di sini. Bermaksud pelan pelaburan di perlukan di Unit Amanah sepert Pelan Persaraan , Pelan Pendidikan Anak , Pelan bagi menyediakan dana bagi menghadapi kegawatan akan datang  dan lain-lain lagi perancangan jangka masa sederhana ke panjang.

Objektif inila yang perlu kita semai sebelum kita membuat pelaburan kerana produk anda yang tentukan Unit Amanah hanyalah platform atau vehicle bagi merealisasikan objektif anda itu.

Pendek kata , ini adalah satu platform utk menyimpan duit dan bukannya utk menjana keuntungan segera!!!!!.

Sebab itu ada masa kita terdengar teriakan yang mengatakan “ Ala tak bagus la company ni…aku dah setahun masuk tak de untung” atau “penipu besar la company tu , kata dialah yang terbaik tapi smp sekarang aku rugi”

Sebagai Perunding Unit Amanah , pakcik bukan la nak mempertahankan atau menegakkan benang yang basah , cuma pakcik perlu memperbetulkan beberapa perkara yang pakcik rasa berlakunya “miss understanding” di sini. Di sini la mind set kita perlu di tukar.

Berbalik kepada komplen-komplen di atas. Kemungkinan besar mengapa keuntungan belum mampu di jana adalah kerana anda membeli semasa pasaran berada di  kemuncaknya dan nilai seunit berada di tahap yang tinggi dan belum pun sempat ia mampu memberikan pulangan , kejatuhan harga seunit pula berlaku ekoran dari berlakunya kegawatan atau pasaran merundum.

Usah panik !!! , anda perlulah berbalik kepada objektif anda. Kerugian hanya di atas kertas “paperloss” lebih-lebih lagi usia pelaburan anda baru setahun jagung. Seharusnya di saat kejatuhan ini la anda mengambil peluang dengan membuat penambahan terutamanya bagi mereka yang merancang utk pelan persaraan atau pendidikan anak.

Dan yang paling penting seharusnya anda meyakini akan syarikat-syarikat gergasi yang terlibat didalam transaksi perniagaan anda , cuba semak portfolio pelaburan anda atau semak dimanakah duit anda di laburkan. Bukan satu atau dua syarikat bukan? , pastinya mereka bukan calang-calang ? apatah lagi sekiranya anda memilih pelaburan islamik , bagi pakcik ianya adalah lebih terjamin.

Untuk itu pastinya anda sudah mengetahui akan langkah drastik yang perlu anda ambil bukan?

KLCI index mampu melonjak 1400 mata

February 5th, 2010 oleh Azam | Dalam kategori Pelaburan | 1 Komen »

sebelum pakcik pergi jauh , jangan runsing kerana ulasan ini tidak akan menyentuh secara mendalam. Cukupla sekadar kita tau perangkaan yang menjadi kayu pengukur atau sebagai guideline untuk semua , apa yang perlu kita tahu hanyalah kenaikan dari segi mata itu sendiri. Kalau kita sedari KLCI index ini adalah penanda aras kepada semua kaunter-kaunter saham yang berpaksikan pasaran di Malaysia.

Kalau ikut pada sejarah KLCI index pernah mencecah 1590 mata pada akhir tahun 2008 , dan tidak mustahillah kalau ianya mampu mencecah 1400 mata pada akhir tahun ni. Sebenarnya ini kata pakar ekonomi la , i follow!!!!

“Antara Faktor Pencetus kesan Pasaran adalah  kesan berita positif,  kesan tradisi lonjakan Januari dan tahun baru cina”

Sebenarnya jangkaan ini di buat di atas beberapa perkara yang pastinya akan membantu dalam pemulihan ekonomi di Malaysia khususnya , antara beberapa faktor yang di lihat mampu memberikan impak dan rangsangan terhadap ekonomi negara dan serantau adalah :

  • Peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada kadar 4.5 % bagi 2010 dan 6.0% pada tahun 2011.
  • Perlaksanaan Projek infrastruktur berskala besar di dalam negara
  • Pengukuhan nilai ringgit kepada RM3.35 berbanding dolar AS pada 2010  dan RM3.29 pada 2011.
  • Peningkatan harga komoditi minyak sawit dan getah sekaligus memberi manfaat kepada pemulihan ekonomi.
  • Kenaikan ekonomi di US dan jepun pada kadar 2.0 dan 1.2 peratus

Itu antara faktor yang ada , sebenarnya banyak lagi kesan positif yang berlaku sehingga akhir tahun 2009 , tahun 2010 membuka tirai dagangan dengan sentimen yang positif dan menyaksikan FBM KLCI di lihat berada di paras yang kukuh.  Ini mampu menarik lebih ramai pelabur-pelabur asing di mana ini juga akan membantu merancakkan lagi aktiviti pasaran.

Oleh itu , tidak di sangkal lagi inila masa yang sangat sesuai bagi anda di luar sana utk membuat pelaburan di platform-platform yang sesuai dengan objektif anda.

Jadi apakah kesannya terhadap pelan pelaburan saya ?.

Sebenarnya sekiranya anda melakukannya sekarang , keuntungan sehingga 30% mampu di capai di penghujung tahun 2010 ,Insyallah siapa tahu?. oleh itu rangsangan ini mampu memendekkan pelan pelaburan anda samada untuk persaraan , pelajaran dan sebagainya… andainya keuntungan 100% di capai dalam masa  5 tahun mengikut prestasi sebenar. Tetapi dengan adanya faktor yang memberangsangkan seperti di atas , tidak mustahil sekiranya peratusan yang tinggi mampu di capai kurang dari 5 tahun.

Renung-renungkan dan selamat beramal!!! – (sorry ustaz  izi pinjam tag nya yee…)

Rujukan : BERITA HARIAN 5 JAN 2010

Malam Anugerah JPlatinum sehebat Anugerah Juara Lagu ?

January 15th, 2010 oleh Azam | Dalam kategori Aktiviti | 5 Komen »

Seminggu sudah berlalu Malam Anugerah JPlatinum “Glamour Nite” telah meninggalkan kita. Pastinya 1001 kenangan dan nostalgia telah tersemat di setiap sanubari kita yang menyaksikannya. Bagi yang telah di nobatkan dengan pemenang anugerah tahniah di ucapkan, bagi yang belum masih belum terlambat.

Walaupun Anugerah ini tidaklah sehebat Anugerah Juara Lagu atau Anugerah Skrin , namun kejayaan-kejayaan kecil inilah yang perlu di raikan bagi menaikkan semangat untuk ke peringkat yang lebih tinggi.Oleh itu , anda seharusnya meraikan setiap kejayaan yang di raih walaupun hanya sebesar zarah. Siapa lagi yang ingin menaikkan semangat anda , kalau bukan diri anda sendiri. Jadi mulai hari ini lakukan setiap hari.

Malam yang penuh gilang gemilang ini sebenarnya telah di taja sepenuhnya oleh Tuan Manager JPlatinum siapa lagi kalau bukan Puan Norlela Khalidah Bt Darmin , yang sangat menyanjungi agen-agen bawahannya,  terima kasih boss!!!!!.  Sikap sebegini la yang kita perlu dicontohi oleh semua. Sebenarnya anugerah ini semata-mata ingin mengiktiraf dan memartabatkan  segala usaha dan komitmen para agen bawahannya terhadap kerja yang telah di laksanakan dengan jayanya.

inilah barisan yang telah di anugerahkan dengan pelbagai kategori dan telah diperakui sebagai agen terbaik JPlatinum tahun 2009.

Barisan Para Pemenang Anugerah dari kanan En Hishamudin Mohd Noh , Puan Rahayu Kamari , Puan Noor Haniza Husain , Puan Norma Mohamed , Miss Teng ( Senior Branch Manager ) , Puan Norlela Khalidah (Agency Manager JPlatinum) , Puan Suriani Mohd Noh ( General Agency Manager JPlatinum) , Puan Norzalilah Khalid , Puan Junaidah Ahmad dan En Sulaiman.

Antara anugerah yang telah di berikan adalah Million Producer , Top Agent personal sales , NSC Trip Qualifier dan banyak lagi.

Tahniah sekali lagi buat para pemenang , semoga ianya menjadi titik tolak dan nadi penggerak buat semua untuk berusaha dengan lebih keras lagi.

Para hadirin juga agen-agen di bawah naungan JPlatinum yang hadir menyaksikan dan memberi sokongan padu pada malam itu. perghh…tak muat-muat di buatnya, hmmm kurang besar agaknya bilik training nie…

Tidak ketinggalan menu pada malam itu sungguh istimewa,  Nasi Beriani resepi khas Puan Norma Mohamad dan juga satay.

Bagi pihak warga kerja Malam Anugerah terima kasih di ucapkan diatas penglibatan anda sehingga perjalanan majlis lancar dan mungkin ada sedikit gangguan teknikal. Tahun depan kita buat lagi gempak!!!!!!!.

2009 melabuhkan tirainya , selamat tahun baru 2010

January 2nd, 2010 oleh Azam | Dalam kategori Pelaburan | Tiada Komen »

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada pelabur dan pembaca sekalian. 2009 telah pergi meninggalkan kita , banyak kenangan suka dan duka masih terngiang di fikiran. Banyak juga pengalaman yang ditimba , banyak juga kejayaan yang telah di raih.

Kepada yang telah berjaya mencapai impian tahniah di ucapkan , bagi sesiapa yang masih belum menuai hasil tingkatkan usaha dan panjatkan sebanyak mana doa , insyallah kejayaan adalah milik setiap kita yang bernama manusia.

Begitu juga dengan azam tahun baru , perlulah di kekalkan atau usah sekali kita menongkat dagu sekiranya segala usaha belum membuahkan hasil.Pastinya rahmat dan hikmah sentiasa bersama di setiap sesuatu yang terjadi.

Dari segi potensi pelaburan pula , insyallah tahun ini pastinya pasaran semasa semakin menunjukkan prestasi yang sangat baik. Petanda unjuran menaik ini sudah kelihatan sejak suku ketiga 2009 , tahniah kepada sesiapa yang sudah membuat pelaburan pukal mahupun secara simpanan tetap kerana anda telah berada disituasi yang tepat.

Kepada sesiapa yang masih tercari-cari dimana dan bagaimana ingin memulakan simpanan anda , pastinya kami sedia membantu merungkai segala permasalahan anda. Buat la perancangan persaraan anda sekarang , kerana masih belum terlambat andainya anda melakukannya sekarang. Tetapi anda mungkin terlewat andainya masih berkira-kira dan masih tertangguh-tangguh untuk merancang kewangan anda.

Akhir kata kami di JPlatinum , mengucapkan ribuan ampun dah maaf andainya terdapat salah dan silap. Insyallah kami disini akan berusaha lebih keras bagi memastikan keselesaan anda dan pemahaman anda mengenai pentingnya merancang kewangan.

Terima kasih sekali lagi kerana telah memilih dan menyokong kami untuk menjadi yang terbaik.

Avatar , perspektif dari sudut perjuangan dan jatidiri

January 1st, 2010 oleh Azam | Dalam kategori Kisah & teladan | 2 Komen »

Mungkin  ramai yang sudah menonton filem terbaru arahan James Cameroon yang sedang di tayangkan di pawagam seluruh negara. Khabarnya filem hebat ini sudah memasuki carta boxOffice tidah sampai seminggu tayangan, Wow hebat!!!!!.

Filem yang telah di imaginasikan sempurna oleh pengarahnya sangat berkesan dan pastinya menggegar jiwa setiap penontonnya.

Apatah lagi dengan latar pemandangan dan hidupan di planet pandora membuatkan setiap mata tidak berkelip menyaksikan keindahan dan keunikan bumi makhluk biru yang di sebut kaum Na’vi ini.

Kalau di amati jalan cerita nya mungkin akan mencetuskan seribu satu macam pandangan dan komen-komen yang negative mahupun positif.

Namun, ulasan kali ni lebih memfokuskan kepada perspektif perjuangan dan juga jatidiri yang boleh di serapkan ke dalam jiwa penonton.  James Cameroon mungkin berjaya membentangkan mesej kemanusiaan melalui karyanya , jika di lihat kerakusan manusia ingin merebut hasil Pandora begitu sinonim dengan dunia nyata tanpa mengambilkira faktor lain.

Begitu juga dengan semangat jatidiri kaum Na’vi itu sendiri sangat menyentak sanubari , mereka bersatu  mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka sehingga peperangan yang tercetus mengorbankan ramai jiwa demi Pandora.Kekuatan kaum ini jugak dapat di lihat dari segi kepercayaan dan pegangan. Mereka amat percaya akan kekuatan doa.

Pendek kata , filem hebat ini mampu merangsang dan memberi sedikit motivasi juga inspirasi kepada sesiapa yg menikmatinya selain dari hiburan hujung minggu yang menyegarkan.