Kearah Jihad Ekonomi Bangsa Yang Belum Selesai

Mind set yang perlu di tukar….

February 8th, 2010 Posted in Pelaburan

Tentu ramai di antara kita yang mempunyai persepsi berbeza mengenai Unit Amanah , ada yang telah berpuashati tak kurang juga yang terasa tertipu dek kerana nilai yang di laburkan ternyata menunjukkan angka negatif.

Sebenarnya isu-isu sebegini memang sudah kerap sangat berdesing di telinga pakcik , kadang pakcik langsung tak salahkan pelabur, cuma terkilan dengan perunding yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Oleh itu pakcik menyeru la kepada semua pelabur supaya tidak mudah melatah apabila mengalami kerugian. Cuba perhatikan beberapa soalan di bawah ini. Andainya jawapannya tidak berpihak kepada anda maka langkah drastik diperlukan di sini. Apakah langkah drastik itu? , nanti dulu….

Apakah Objektif kita membuat pelaburan?

Sebenarnya objektif sangat penting sebelum kita memulakan pelan perancangan pelaburan kita. Sudah pasti perancangan 3 hingga 5 tahun dan seterusnya di perlukan di sini. Bermaksud pelan pelaburan di perlukan di Unit Amanah sepert Pelan Persaraan , Pelan Pendidikan Anak , Pelan bagi menyediakan dana bagi menghadapi kegawatan akan datang  dan lain-lain lagi perancangan jangka masa sederhana ke panjang.

Objektif inila yang perlu kita semai sebelum kita membuat pelaburan kerana produk anda yang tentukan Unit Amanah hanyalah platform atau vehicle bagi merealisasikan objektif anda itu.

Pendek kata , ini adalah satu platform utk menyimpan duit dan bukannya utk menjana keuntungan segera!!!!!.

Sebab itu ada masa kita terdengar teriakan yang mengatakan “ Ala tak bagus la company ni…aku dah setahun masuk tak de untung” atau “penipu besar la company tu , kata dialah yang terbaik tapi smp sekarang aku rugi”

Sebagai Perunding Unit Amanah , pakcik bukan la nak mempertahankan atau menegakkan benang yang basah , cuma pakcik perlu memperbetulkan beberapa perkara yang pakcik rasa berlakunya “miss understanding” di sini. Di sini la mind set kita perlu di tukar.

Berbalik kepada komplen-komplen di atas. Kemungkinan besar mengapa keuntungan belum mampu di jana adalah kerana anda membeli semasa pasaran berada di  kemuncaknya dan nilai seunit berada di tahap yang tinggi dan belum pun sempat ia mampu memberikan pulangan , kejatuhan harga seunit pula berlaku ekoran dari berlakunya kegawatan atau pasaran merundum.

Usah panik !!! , anda perlulah berbalik kepada objektif anda. Kerugian hanya di atas kertas “paperloss” lebih-lebih lagi usia pelaburan anda baru setahun jagung. Seharusnya di saat kejatuhan ini la anda mengambil peluang dengan membuat penambahan terutamanya bagi mereka yang merancang utk pelan persaraan atau pendidikan anak.

Dan yang paling penting seharusnya anda meyakini akan syarikat-syarikat gergasi yang terlibat didalam transaksi perniagaan anda , cuba semak portfolio pelaburan anda atau semak dimanakah duit anda di laburkan. Bukan satu atau dua syarikat bukan? , pastinya mereka bukan calang-calang ? apatah lagi sekiranya anda memilih pelaburan islamik , bagi pakcik ianya adalah lebih terjamin.

Untuk itu pastinya anda sudah mengetahui akan langkah drastik yang perlu anda ambil bukan?

Tag: , , , , , , , ,

  1. 8 Responses to “Mind set yang perlu di tukar….”

  2. By arban on Feb 22, 2010

    hi..adakah ini bermakna pelaburan secara lump sum tidak digalakkan adalam unit amanah? thanks

  3. By Mr.Shah on Feb 24, 2010

    Salam & Good day,

    for the time being i quite agreed with the sharing-talked we’d there cause the ruled has said
    Unit Trust is for medium & long term investment as Malays said “Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi bukit”
    We can’t expect to make a profit for a short period of time but it’ll be a great bonus for you if you lucky enough
    by the current value of market..

    Investment in Unit Trust Public Mutual like you plant a durian tree,it causes you years enough to become ripe but we
    could harvest the best fruits until it die.Mutual fund can’t guarantee the exact profit but it can give more than you
    ever expected if you are willing to wait. SO..my personal advices; patient & patient & patient..

    As the track record we had,one of the Public Mutual Fund performance has growth its ‘tree’ bout 250% since the launched date
    in 97’s..

    any more info you like,feel free to contact me at 017 – 7769369 or send me mail at g.chameleon@yahoo.com

  4. By azam on Mar 2, 2010

    Mr Arban…. tidak semestinya pelaburan secara lump sump tidak digalakkan… ia bergantung kepada portfolio kewangan yg kita ada. kalau kita beli lump sum..unit yang kita dapat pun banyak… jadi invest besar dividen pun besar..jadi compounding pun besar… terpulang pada kita…kalau ada extra duit apa salahnya simpan banyak..itu bonus bagi kita..tapi bagi yang hanya mampu menyimpan sikit2…itu jalan yang terbaik…daripada tidak menyimpan langsung..

  5. By rizzal on Mar 2, 2010

    akhirnya ko mendidik pengguna.. ko punya kawan nama khaleedah dulu pernah jual Pm ngan aku masa kat giant plentong..dia mendidik pelabur dgn baik..

  6. By azam on Mar 4, 2010

    yes… ini la yang aku praktikkan selama ini.. our syllabus always remind to be transparent to all our investor. Lela Khalidah tue aku nya Manager.. tak lama lagi akan jadi GAM…
    so ko mcmana?… Fulltime or parttime.. aku going to fulltime middle of this year..insyallah… opps… am i talking with rizal salleh?

  7. By zik on Mar 9, 2010

    Erm kalau macam tuh.. DCA lah bagus. mengurangkan risiko kerugian..

  8. By sulaiman on Mar 16, 2010

    Kalau kita rasa boleh melabur secara lumpsum ada baiknya. Adakalanya tidak semua orang mempunyai wang yang banyak . Oleh itu laburlah sikit-sikit. Pulangannya pun taklah sedikit.
    Lumayan juga.

  9. By Amy on Apr 23, 2010

    akhirnya ko mendidik pengguna.. ko punya kawan nama khaleedah dulu pernah jual Pm ngan aku masa kat giant plentong..dia mendidik pelabur dgn baik..

Post a Comment